Produk Premium Eropah: Pengetahuan Yang Lebih Baik, Pilihan Yang Lebih Baik
Kuala Lumpur, Malaysia [21 November 2024, Khamis] – Untuk Siaran Segera
Baru-baru ini, sekumpulan pempengaruh Malaysia telah berpeluang untuk merasai sendiri beberapa produk Eropah yang luar biasa buat pertama kalinya: minyak zaitun PDO dan buah zaitun dari Greece, serta produk tenusu, snek masin, dan coklat mewah dari Latvia. Para pempengaruh ini begitu tertarik dengan Produk Premium Eropah, yang kini telah memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan istimewa dari Eropah.
Menerokai Produk PDO: Warisan Eropah Yang Sejati
Salah satu sorotan utama kempen produk Premium European adalah penggunaan produk PDO (*Protected Designation of Origin*), yang menjamin kualiti dan keasliannya. Label PDO memastikan bahawa produk tersebut adalah berasal dari kawasan geografi tertentu dan mematuhi kaedah pengeluaran secara tradisional, sekali gus memelihara warisan budaya dan keasliannya.
Walaupun tertakluk kepada peraturan ketat Kesatuan Eropah, pensijilan ini melindungi kualiti unik produk, memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap ketulenan dan keasliannya.
Produk-produk yang dihasilkan dengan penuh ketelitian ini membawa intipati asal-usulnya, menawarkan rasa unik yang mencerminkan iklim dan tradisi tempat asalnya. Antaranya adalah buah zaitun PDO Konservolia Rovion dari wilayah tengah Greece yang benar-benar menyerlah. Wilayah Rovies terkenal dengan buah zaitunnya yang mempunyai rasa dan tekstur unik, hasil daripada iklim mikro kawasan tersebut. Keadaan ini menjadikan isi buah zaitun rangup dengan warna hijau gelap serta aroma minyak zaitun yang khas.
Minyak zaitun PDO Viannos dari Crete turut diketengahkan. Terkenal dengan warna keemasannya yang menyerlah dan teksturnya yang lembut, minyak zaitun Viannos mencerminkan seni penanaman zaitun kuno yang diamalkan di pulau tersebut selama turun-temurun. Dengan pensijilan PDO, “cecair emas” ini dihasilkan dengan mematuhi tradisi Greek secara ketat, menjadikannya produk yang disanjung tinggi di kalangan minyak zaitun di seluruh dunia.
Tenusu, Snek, dan Manisan
Produk tenusu dari Latvia menjadi tumpuan utama, dengan keju krim dan keju separa keras menarik perhatian ramai. Sektor tenusu Latvia memikat hati pempengaruh dengan pelbagai pilihan keju krim, daripada resipi tradisional sehinggalah kepada hidangan yang inovatif dan kreatif.
Selain itu, snek masin dari Latvia, seperti kerepek kentang yang dituai dengan tangan, turut mendapat pujian kerana menggunakan bahan semula jadi dan memberikan rasa kerangupan yang memuaskan. Snek buatan tangan ini menonjolkan kekayaan budaya makanan Latvia dan menekankan penggunaan bahan-bahan tempatan yang berkualiti tinggi.
Perisa dan tekstur unik yang ditawarkan memberikan alternatif segar berbanding pilihan snek yang dihasilkan secara komersial, menjadikannya sesuatu yang benar-benar menonjol.
Pempengaruh Malaysia Menyambut Baik Produk Premium Eropah
Para pempengaruh Malaysia telah berkongsi di media sosial tentang bagaimanakah produk premium ini boleh disesuaikan dengan kehidupan harian mereka, menampilkan produk dari Greece dan Latvia dalam resipi tempatan dan gabungan. Pempengaruh tersebut telah mempamerkan fleksibiliti bagi produk keluaran Eropah, dengan menonjolkan penggunaan minyak zaitun bersijil PDO sehinggalah kepada penggunaan coklat Latvia sebagai pemanis mulut, membuktikan bahawa hidangan tradisional terbaik dari Eropah boleh dihidangkan dengan mudah.
Para pempengaruh di Instagram juga turut mempamerkan bagaimana produk yang mereka cuba boleh digunakan dalam masakan atau dinikmati sebagai snek tersendiri. Mereka telah disajikan dengan acara mencuba produk secara eksklusif pada 17 Julai 2024, di mana mereka telah merasai sendiri produk ini buat kali pertamanya sebelum membawa pulang barangan tersebut untuk mencubanya di dapur masing-masing. Dengan penuh bersemangat, mereka telah berkongsikan pengalaman peribadi masing-masing mengenai rasa baru dan bahan berkualiti ini di media sosial.
Antara pempengaruh yang terlibat termasuklah Shu Yi Lee, Juliana, Rachael Loh, Nomnom With Jaymie, Angel Chai, Sunshine Kelly, dan Yesterday Qiqi.
Mengapakah Produk Premium Eropah Penting?
Kempen Premium European Products bukan sekadar untuk mempamerkan makanan mewah; tetapi ia bertujuan untuk meningkatkan profil produk Eropah di pasaran tempatan dengan meningkatkan kesedaran, pengiktirafan, penggunaan, dan eksport. Peraturan Kesatuan Eropah memastikan protokol keselamatan yang teliti, termasuklah kawalan ketat terhadap penggunaan racun perosak dan standard kebersihan yang tinggi di fasiliti pemprosesan. Keutamaan terhadap keselamatan ini memberikan jaminan kepada pengguna apabila membeli produk dengan label PDO.
Di bawah kepimpinan ETHEAS dan LDC, usaha ini berjuang demi melindungi warisan budaya Eropah yang kaya sambil memenuhi keperluan moden dari aspek kualiti dan keselamatan untuk produk pertanian.
Bagi lebih daripada 300 ahli koperasi di Greece, ETHEAS memudahkan pembangunan luar bandar dan menyokong ahli koperasinya dalam mengeksport produk tradisional ke seluruh dunia. Jawatankuasa Tenusu Latvia (LDC), yang ditubuhkan pada tahun 1995, mewakili sektor pemprosesan tenusu Latvia dan bermatlamat untuk melindungi kepentingannya. Ia terdiri daripada 17 ahli memproses yang mewakili sekitar 80% susu yang dihasilkan secara industri di Latvia.
Pengembangan semasa bagi Premium European Products kini memasuki pasaran baru, dengan Malaysia, Korea Selatan, dan Kanada menjadi destinasi seterusnya untuk menikmati tawaran luar biasa ini. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang khazanah Eropah ini, memperkenalkan mereka kepada citarasa pengguna dan pasaran eksport, yang meliputi minyak zaitun PDO dari Greece sehinggalah kepada coklat dari Latvia.
Pengetahuan Yang Lebih Baik, Pilihan Yang Lebih Baik
Premium European Products menetapkan standard kecemerlangan dalam pengeluaran makanan melalui slogan kempen mereka iaitu: “Pengetahuan Yang Lebih Baik, Pilihan Yang Lebih Baik”. Penyertaan penuh semangat oleh para pempengaruh Malaysia dalam kempen ini menandakan permulaan kepada gerakan yang lebih besar untuk mengetengahkan produk terbaik yang ditawarkan oleh Eropah.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Produk Eropah Premium”, sila layari https://premiumeuropeanproducts.eu/ atau emel kami di info@premiumeuropeanproducts.eu.
Halaman yang didedikasikan untuk program ini boleh didapati di Instagram, Facebook dan YouTube, @premiumeuropeanproducts.
Peringatan kepada Editor
Mengenai Kesatuan Nasional Koperasi Pertanian Greece (ETHEAS)
Ditubuhkan oleh koperasi terkemuka Greece dan ditubuhkan oleh undang-undang Greece, ETHEAS ialah badan penyelaras nasional Koperasi Pertanian di Greece. Dengan lebih daripada 300 koperasi ahli yang mewakili kira-kira 80% daripada jumlah perolehan koperasi pertanian Greece, ETHEAS bertujuan untuk memupuk pembangunan luar bandar dan koperasi, menyokong dan mempromosikan aktiviti ahli-ahlinya di dalam dan luar negara, memberikan pendapat pakar mengenai pergerakan koperasi, pengeluaran pertanian, dan pembangunan sektor, menyelia penyebaran dan promosi idea koperasi, dan melayani serta mendidik ahli-ahlinya melalui kajian, projek penyelidikan, dan tugasan.
Mengenai Jawatankuasa Tenusu Latvia (LDC)
Jawatankuasa Tenusu Latvia (LDC), yang ditubuhkan pada tahun 1995, mewakili sektor pemprosesan tenusu Latvia dan melindungi kepentingannya. Ia terdiri daripada 17 ahli yang memproses sekitar 80% susu yang dihasilkan secara industri di Latvia.
This press release has also been published on VRITIMES